

pada 25.4.2011, pasukan kompang SMK Ulu Kinta telah memenangi pertandingan kompang dan formasi . Waktu mendebarkan telah muncul..hari yang dinantikan sudah tiba, giliran kami nombor dua yang akan mempersembahkan gerakan dan paluan kompang di depan hakim.Sungguh germuruh hati apabila tiba giliran kami.Sesudah selesai , kami menonton pula persembahan dari SMK Bandar Baru Putra, persembahan mereka mencuri perhatian saya, hati kecilku berkata"tiada harapan la sekolah kita nak menang ni...(sambil mengeluh)". Apabila tamat semua persembahan, selang beberapa minit kami dipanggil untuk mendengar keputusan pengadil. Sungguh berdebar rasanya apabila pengadil memberikan keputusan. Tempat ke-empat jatuh kepada kumpulan 1 iaitu SMK Bercham, tempat ke tiga pula jatuh kepada kumpulan 3 iaitu SMK Tambun. Tempat 1 dan 2 ialah penentuan kedudukan kami sekarang, dengan lengokan, pergerakan dan gimik SMK Bandar Baru kelihatan peluang untukmendapat johan adalah besar tetapi apabila diumumkan tembat ke dua dari kumpulan 4 iaitu SMK Bandar Baru sungguh kami teruja kerana kami tahu kami mendapat johan. Sungguh speachless... OMG ahhhhhhhh! menang yay!
*untuk post kali ni aku buat macam karangan pulak.
foto piala kecil;